Thursday 11 October 2012

PENGENALAN

Ruangan ini berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSM tingkatan 1..... Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga para pendidik.

Sekian Terima Kasih.

BAB 12 : Pepejal Geometri

0098

BAB 11 : Perimeter dan Luas

0091math0092

BAB 10 : Poligon

BAB 9 : Sudut Dan Garis

0073

BAB 8 : Ukuran Asas

0064math0067

BAB 7 : Ungkapan Algebra

0059

BAB 6 : Integer



BAB 5 : Peratusan

Peratusan

Pecahan dengan 100 sebagai penyebut (denominator) dipanggil sebagai peratusan (percentage). Dalam kes ini, pengangka (numerator) mewakili nombor/bilangan bahagian-bahagian dalam setiap 100.

Simbol % digunakan bagi mewakili peratusan.

Contoh 1:
80/100 dinyatakan sebagai 80%, dimana;
  • 80/100 adalah pecahan dengan 100 sebagai penyebut,
  • 80% dibaca sebagai 'lapan puluh peratus' (eighty per cent).
14% dinyatakan sebagai 14/100.

Contoh 2:
Ungkapkan 53% sebagai suatu pecahan (fraction).
Jwb:
53% = 53/100

Menukarkan pecahan dan perpuluhan kepada peratusan, dan sebaliknya.

Untuk menukar pecahan atau nombor perpuluhan kepada peratusan:
  1. Kaedah 1: Tukarkan penyebut (pecahan) kepada 100.
  2. Kaedah 2: Darabkan pecahan atau nombor perpuluhan dengan 100%.

Contoh 3:
Ungkapkan setiap nilai berikut sebagai peratusan.
  • 2/5
    Jwb:
    2/5 = (2 x 20) / (5 x 20) = 40/100 = 40%
    atau 2/51 x 10020% = 40%

  • 1/2
    Jwb:
    1/2 = (1 x 50) / (2 x 50) = 50/100 = 50%
    atau 1/21 x 10050% = 50%

  • 0.3
    Jwb:
    0.3 = 3/10 = (3 x 10) / (10 x 10) = 30/100 = 30%
    atau 0.3 x 100% = 30%

  • 0.42
    Jwb:
    0.42 = 42/100 = 42%
    atau 0.42 x 100% = 42%

BAB 4 : Perpuluhan

Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya.

1. Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya (denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, ... dan seterusnya.

Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.

BAB 3 : Pecahan

BAB 2 : Urutan dan Pola Nombor

Corak/Pola Nombor dan Urutannya

Nombor-nombor yang disusun dalam corak tertentu dikenali sebagai urutan (sequence).

Corak urutan nombor (number sequence) boleh ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagikan 'nombor dalam urutan yang sebelumnya', dengan bilangan/nombor-nombor tertentu.
 
Menggambarkan corak/pola urutan nombor

Gambarkan corak setiap urutan nombor berikut:
5, 12, 19, 26, ...
Jwb:

Corak urutan nombor 5, 12, 19, 26, ... diperolehi dengan menambah (adding) 7 pada nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).
 

BAB 1 : Nombor Bulat




0001